Kakak saya pernah menceritakan sebuah cerita yang bertajuk raja yang zalim. Saya juga pernah membaca buku cerita tersebut. Cerita itu mengisahkan seorang raja yang bernama Ajmal Khan. Beliau merupakan seorang pemimpin yang kurang adil. Beliau mempunyai seorang anak lelaki yang juga sudah remaja. Anak beliau sentiasa meronda dan melihat kawasan penduduk iaitu rakyat ayahandanya. Mereka sentiasa mengadu kesempitan hidup mereka kepada anak raja tersebut. Anak raja dan rakyatnya bercadang untuk menggulingkan Raja Ajmal Khan. Apabila raja digulingkan, anak raja itu menggantikan tempat ayahndanya. Rupa-rupanya, anak raja itu tidak adil lansung. Lebih teruk daripada ayahandanya. Kemudian beliau dibunuh. Kakak saya pernah berkata bahawa kisah itu mempunyai maksud yang amat mendalam. Walaupun cerita itu khas untuk kanak kanak tetapi ia mempunyai pengajaran yang boleh digunakan untuk semua orang. Sebenarnya, semua cerita mempunyai pengajaran yang amat bermakna. Sekian, harap maaf jika ada kesalahan dan kesilapan.

Category: | 0 Comments