Sejarah hidup semasa darjah tiga. Pada masa itu aku masih merasakan aku ini sentiasa akan dimaafkan walau sebanyak ataupun seberat mana kesalahan yang aku lakukan kepada orang termasuklah dengan para guru dan keluarga.
Pada hari Isnin, 23hb May 2008, aku dan kawan-kawanku bercadang untuk beghambak(berkejar-kejaran) di kawasan sekolah walaupun berlari di sekolah merupakan antara kesalahan yang tidak dapat dimaafkan. Salah seorang daripada kawanku telah melarang kami berlari di tepi lorong bilik kemahiran hidup kerana guru disiplin sekolahku merupakan guru yang mendidik subjek Kemahiran Hidup(KH) dan beliau masih berada di bilik KH tersebut.
Tiba tiba kedengaran semua kawanku berkata "Laghiiiii!!!."
Tanpa membuang masa, aku terus lari tanpa mempedulikan apa yang berlaku disekelilingku. Ketika berlari, aku tak ingat yang aku tak boleh lalu di lorong bilik Kemahiran Hidup itu. Ketika aku sedang melalui lorong tersebut, kelihatan guru disiplinku sedang menyapu sampah.
Aku terus berfikir dalam kepala, “Kalu aku bgheti ke, nyo igak cikgu, kalu aku teghuh laghi, selamak”.
Tanpa membuang masa, aku terus lari tanpa mempedulikan cikgu disiplin itu. Tiba tiba, debushhhh. Aku merasa sakit di belakangku, aku teruskan perjuanganku iaitu berlari. Semua murid yang berada di sekelilingku ketawa terbahak-bahak. Aku merasa amat malu. Rupa-rupanya cikgu disiplin telah memukul aku dibelakang dengan menggunakan penyapu ajaibnya iaitu penyapu yang Harry Potter gunakan untuk terbang. Nasib baik beliau tidak cam muka aku kerana aku berlari membelakangi beliau.
Beberapa hari selepas itu,beliau tercari-cari siapakah murid yang dipukulnya pada hari isnin. Jangan marah ye.
Sekian, harap jangan beritahu identitiku kepada guru tersebut. Yeeeeeeeeeeeeahaw!!!


0 comments to “Laghiiiiii!!!”
saerch term : mobil sedan oto blitz black pimmy ride Exotic Moge MotoGP Transportasi Mewah Honda SUV car body design nokia motorola sony free game game mobile free game cellphone free game ponsel free game java free game hape free game phonecell nokia Download template blogger Free Software Blog Free Blogger template Free Template for BLOGGER Free template sexy Free design Template theme blogspot free free classic bloggerskin download template blog car