Salam. Saya ingin memberi pendapat mengenai ucapan salam kepada insan. Kawan saya pernah berkata bahawa memberi salam sesama Islam merupakan antara sikap yang amat baik kerana ia dapat membawa banyak faedah dan kebaikan. Dengan ia, kita akan dapat merapatkan silaturahim antara kita semua. Saya pernah memberi salam kepada sesetengah murid di sekolah saya, kemudian mereka berbisik-bisik sesama mereka kemudian mereka ketawa. Ada juga yang mengata saya dengan kata-kata kesat. Ada ke patut mereka berkata sebegitu kepada orang yang memberi salam. Apa yang ruginya jika kita hanya menjawab salam dan senyum sahaja sepertimana para guru dan kakitangan sekolah lakukan. Kita juga akan mendapat pahala dan manfaat. Saya rasa, lebih baik kita memberi salam daripada berkata “Hai” ataupun “Yo brader” kerana kita juga akan mendapat pahala. Sekian, jika ada silap, harap maaf.

Category: | 0 Comments

Kakak saya pernah menceritakan sebuah cerita yang bertajuk raja yang zalim. Saya juga pernah membaca buku cerita tersebut. Cerita itu mengisahkan seorang raja yang bernama Ajmal Khan. Beliau merupakan seorang pemimpin yang kurang adil. Beliau mempunyai seorang anak lelaki yang juga sudah remaja. Anak beliau sentiasa meronda dan melihat kawasan penduduk iaitu rakyat ayahandanya. Mereka sentiasa mengadu kesempitan hidup mereka kepada anak raja tersebut. Anak raja dan rakyatnya bercadang untuk menggulingkan Raja Ajmal Khan. Apabila raja digulingkan, anak raja itu menggantikan tempat ayahndanya. Rupa-rupanya, anak raja itu tidak adil lansung. Lebih teruk daripada ayahandanya. Kemudian beliau dibunuh. Kakak saya pernah berkata bahawa kisah itu mempunyai maksud yang amat mendalam. Walaupun cerita itu khas untuk kanak kanak tetapi ia mempunyai pengajaran yang boleh digunakan untuk semua orang. Sebenarnya, semua cerita mempunyai pengajaran yang amat bermakna. Sekian, harap maaf jika ada kesalahan dan kesilapan.

Category: | 0 Comments


Sejarah hidup semasa darjah tiga. Pada masa itu aku masih merasakan aku ini sentiasa akan dimaafkan walau sebanyak ataupun seberat mana kesalahan yang aku lakukan kepada orang termasuklah dengan para guru dan keluarga.



Pada hari Isnin, 23hb May 2008, aku dan kawan-kawanku bercadang untuk beghambak(berkejar-kejaran) di kawasan sekolah walaupun berlari di sekolah merupakan antara kesalahan yang tidak dapat dimaafkan. Salah seorang daripada kawanku telah melarang kami berlari di tepi lorong bilik kemahiran hidup kerana guru disiplin sekolahku merupakan guru yang mendidik subjek Kemahiran Hidup(KH) dan beliau masih berada di bilik KH tersebut.



Tiba tiba kedengaran semua kawanku berkata "Laghiiiii!!!."



Tanpa membuang masa, aku terus lari tanpa mempedulikan apa yang berlaku disekelilingku. Ketika berlari, aku tak ingat yang aku tak boleh lalu di lorong bilik Kemahiran Hidup itu. Ketika aku sedang melalui lorong tersebut, kelihatan guru disiplinku sedang menyapu sampah.



Aku terus berfikir dalam kepala, “Kalu aku bgheti ke, nyo igak cikgu, kalu aku teghuh laghi, selamak”.



Tanpa membuang masa, aku terus lari tanpa mempedulikan cikgu disiplin itu. Tiba tiba, debushhhh. Aku merasa sakit di belakangku, aku teruskan perjuanganku iaitu berlari. Semua murid yang berada di sekelilingku ketawa terbahak-bahak. Aku merasa amat malu. Rupa-rupanya cikgu disiplin telah memukul aku dibelakang dengan menggunakan penyapu ajaibnya iaitu penyapu yang Harry Potter gunakan untuk terbang. Nasib baik beliau tidak cam muka aku kerana aku berlari membelakangi beliau.



Beberapa hari selepas itu,beliau tercari-cari siapakah murid yang dipukulnya pada hari isnin. Jangan marah ye.



Sekian, harap jangan beritahu identitiku kepada guru tersebut. Yeeeeeeeeeeeeahaw!!!

Category: | 0 Comments